Masuk minggu ni, dah lebih sebulan straight aku balik malam setiap hari dan adakalanya aku stayback tidur office. Weekend pun ada 3-4 kali gak kena camping kat office setelkan hal tertunggak. Kerja memang banyak gila. Biasalah tu kerja site.
Walaupun tipulah kalau aku kata tak stress, penat, merungut selang 3 minit dan sebagainya, tapi tak pernah walau sesaat pun aku rasa tak happy dengan kerja aku. Entah kenapa aku rasa sangat bahagia duduk kat office/ site ni. Mungkin sebab akhirnya aku dapat kerja yang aku suka, bos yang sempoi, dan officemate yang semua mereng boleh layan kepala aku yang seringkali dilanda kegilaan.
2 minggu lepas aku dapat 2 MC dan minggu lepas aku ambil cuti hari Jumaat untuk tolong setelkan hal kahwin kakak aku. Tapi instead of stay kat rumah, aku tetap gak pergi office walaupun dah petang dan stay sampai malam buat kerja. Hati jadi tak tenteram nak tinggalkan site. Apatah lagi bila client call setiap jam tanya itu ini.
Deep down inside, walaupun agak annoyed dengan client yang tak reti bahasa aku bagitau aku cuti/ MC, aku sebenarnya rasa bangga dan puas. Sebab itu tandanya diorang suka kerja dengan aku dan berasakan aku ni boleh diharap (oh yeah!! masuk bakul angkat sendiri). Direct quote daripada 2 orang client:
" SPAD ada banyak nak ambil staf baru, tak nak hantar resume ke?"
" Setakat ni, antara semua, MRCB Tech yang paling bagus sekali. Response time cepat"
Ada banyak lagi pujian lain dan tawaran kerja. Belum lagi email bos yang berasa puas hati dengan prestasi aku. Muahahaha!! Ya, disebabkan blog ni mader orang baca, aku mengambil kesempatan untuk memuji diri sendiri. Syabas Adam! Keep up the good work!
Sekarang baru aku faham kenapa walaupun ayah aku merungut setiap hari, dia tak pernah berhenti daripada RTM. Malah, kerja sampai akhir hayat. Doktor siap cakap ayah aku mungkin meninggal disebabkan stress terlalu kuat berkerja. Sebab dia dihargai di sana dan di tempat kerjalah, dapat lupakan masalah hidup dan runsingkan minda dengan hal kerja sahaja.
Unfortunately, kefokusan melampau kepada kerja ni buat aku tersisih dengan aktiviti sosial. Lepak dengan kawan apa semua memang kurang sangat. Apatah lagi nak mengorat gadis. Mak aku dah pening dah takut tak dapat menantu. Haha. Chill la mak, menantu mak dah ada. Tunggu je dia datang rumah k?~
![]() |
| Tanggungjawab yang banyak ini akanku pikul jua hingga ke akhirnya~ |
Petang ini: Mendung. Tapi aku masih pakai kaca mata hitam. Dah jadi trademark kat site. Semua pun kenal Adam, jejaka kacak mata hitam (puji diri sendiri lagi -_-'). Sejak akhir-akhir ni sifat gila-gila aku makin terserlah. Ramai yang terhibur tapi ada juga yang tak berkenan. Ada aku kisah? Pppfffttttt!!!~


0 comments:
Post a Comment