Anakmu Anakku Jua~

Dear all,

There is a poor Malay family in Melaka expecting their 3rd child. They cannot afford to keep the baby and would like to give the baby up for adoption.
Do you know of any good couple who is looking for a baby? At the moment I think the baby is a girl. The parents said they do not want any money, only pay for the hospital bill and do everything legally for the baby and to provide the baby with a good home and education.

If you know of anyone, please ask them to contact me.

Thanks.

With best regards,
Beverly Carvalho @ Bev
Senior Executive, Projects (MSC) 
KL Sentral MSC Malaysia Cybercentre
Tel: 603-2785 1800; 2773 5689/5672/5799; H/P: 6-019-383 9054 / 017-3131290 
Fax: 603-2780 5700; Other email: osc@mrcbtech.com

Pagi tadi dapat e-mail ni daripada officemate. Tiba-tiba terasa nak ambil budak tu jadi anak angkat aku. Dah lama sangat dah pun berhasrat nak menjadi bapa ni. Asyik ambil gambar anak orang lain je, boring gak. Tapi bila fikir balik aku ni makan pakai pun cukup-cukup je, nak tanggung adik beradik lagi, kucing 9 ekor kat rumah lagi, macam malang je baby tu kalau jadi anak angkat aku. Haha~

Maaflah ye Nur Humaira (dah ada nama dah pun..huhu). Bukan rezeki kita untuk jadi sekeluarga. Semoga ada insan mulia yang akan membimbingmu menjadi insan solehah yang cemerlang di dunia dan bahagia di akhirat~~

Petang ini: Cuaca cantik. Ada makan-makan lepas Asar SPAD buat doa selamat. Berpinggan gak aku bedal kambing sambil berbual mesra dengan Pegawai SPAD yang suka betul lepak dengan aku. Setiap jam, siang, malam sampai weekend pun kerja nak sembang dengan aku je. Susah gak PR power ni (tak lengkap blog ini tanpa pujian untuk diri sendiri). Menyembang tadi daripada pukul 5 sampai 7.30 macam tak nak balik pun ada. Siap ajak lawan Counter Strike lagi. Nak kena pisau ke bang?~

Work-a-holic

Masuk minggu ni, dah lebih sebulan straight aku balik malam setiap hari dan adakalanya aku stayback tidur office. Weekend pun ada 3-4 kali gak kena camping kat office setelkan hal tertunggak. Kerja memang banyak gila. Biasalah tu kerja site.

Walaupun tipulah kalau aku kata tak stress, penat, merungut selang 3 minit dan sebagainya, tapi tak pernah walau sesaat pun aku rasa tak happy dengan kerja aku. Entah kenapa aku rasa sangat bahagia duduk kat office/ site ni. Mungkin sebab akhirnya aku dapat kerja yang aku suka, bos yang sempoi, dan officemate yang semua mereng boleh layan kepala aku yang seringkali dilanda kegilaan.

2 minggu lepas aku dapat 2 MC dan minggu lepas aku ambil cuti hari Jumaat untuk tolong setelkan hal kahwin kakak aku. Tapi instead of stay kat rumah, aku tetap gak pergi office walaupun dah petang dan stay sampai malam buat kerja. Hati jadi tak tenteram nak tinggalkan site. Apatah lagi bila client call setiap jam tanya itu ini. 

Deep down inside, walaupun agak annoyed dengan client yang tak reti bahasa aku bagitau aku cuti/ MC, aku sebenarnya rasa bangga dan puas. Sebab itu tandanya diorang suka kerja dengan aku dan berasakan aku ni boleh diharap (oh yeah!! masuk bakul angkat sendiri). Direct quote daripada 2 orang client:

" SPAD ada banyak nak ambil staf baru, tak nak hantar resume ke?"

" Setakat ni, antara semua, MRCB Tech yang paling bagus sekali. Response time cepat"

Ada banyak lagi pujian lain dan tawaran kerja. Belum lagi email bos yang berasa puas hati dengan prestasi aku. Muahahaha!! Ya, disebabkan blog ni mader orang baca, aku mengambil kesempatan untuk memuji diri sendiri. Syabas Adam! Keep up the good work!

Sekarang baru aku faham kenapa walaupun ayah aku merungut setiap hari, dia tak pernah berhenti daripada RTM. Malah, kerja sampai akhir hayat. Doktor siap cakap ayah aku mungkin meninggal disebabkan stress terlalu kuat berkerja. Sebab dia dihargai di sana dan di tempat kerjalah, dapat lupakan masalah hidup dan runsingkan minda dengan hal kerja sahaja.

Unfortunately, kefokusan melampau kepada kerja ni buat aku tersisih dengan aktiviti sosial. Lepak dengan kawan apa semua memang kurang sangat. Apatah lagi nak mengorat gadis. Mak aku dah pening dah takut tak dapat menantu. Haha. Chill la mak, menantu mak dah ada. Tunggu je dia datang rumah k?~

Tanggungjawab yang banyak ini akanku pikul jua hingga ke akhirnya~

Petang ini: Mendung. Tapi aku masih pakai kaca mata hitam. Dah jadi trademark kat site. Semua pun kenal Adam, jejaka kacak mata hitam (puji diri sendiri lagi -_-'). Sejak akhir-akhir ni sifat gila-gila aku makin terserlah. Ramai yang terhibur tapi ada juga yang tak berkenan. Ada aku kisah? Pppfffttttt!!!~

 


 

© Copyright Sepetang Bersama Cepetang . All Rights Reserved.

Designed by CepetWorld and sponsored by CepetangMagazine

Cepetang created by Cepet