GO GO Gomen!




Sejak kerja MRCB, aku agak kerap deal dengan gomen. Daripada menteri sehinggalah ke kerani. Selalu kita dengar tipikal komen gomen ni malas la, kerja asyik makan je la, mengular je la tapi sebenarnya diorang agak rajin bekerja (walaupun masih ramai gak yang mengular). Servis makin bagus, kualiti kerja meningkat, setting meeting pukul 6 kadang-kadang sampai malam (yang ni annoying sebenarnya untuk orang yang nak balik awal macam aku).

Pengalaman aku ke KWSP, JPN, PTPTN, SSM, etc, waktu menunggu tak lama, servis agak mesra dan pantas and yang paling penting sekali, kaunter banyak yang buka. Paling aku tabik PTPTN. Kaunter semua sentiasa buka dan super efektif setelkan isu aku walaupun aku banyak songeh. Sabar je layan. Seronok berurusan dengan diorang (di samping ramai awek cun samada staff mahupun customer, oo la la la~).

Tak tau la perubahan ni disebabkan oleh GTP ke, atau sebab naik gaji ke, apa ke tapi agak bagus ar mentaliti gomen ni dah lain. Yang tak sedap cuma pegawai-pegawai kanan gomen ni, kalau nak bagi harga, asyik nak nego aje. Lepas tu asyik guna ayat, "Bila lagi nak tunaikan tanggungjawab bantu kerajaan. Pffftttt!!!~

Petang ini: Hujan lebat oi! Basah kaw-kaw main hujan kat site. Tapi bagus gak. Takdelah panas dan kulitku menjadi hitam~~
 

© Copyright Sepetang Bersama Cepetang . All Rights Reserved.

Designed by CepetWorld and sponsored by CepetangMagazine

Cepetang created by Cepet